Kalau bahasa Melayu, nasi berlauk tu nasi macam mana ? Ada lauk apa eh dapat? Apa kandungan dalam nasi tu.
Ok, biar mama cerita sikit.
Kalau di negeri sebelah pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu, nasi berlauk ni adalah menu untuk sarapan pagi.
Biasa la, kalau datang kelantan ke, mesti pelik je tengok pagi - pagi dah makan nasi.
Tapi ikut kajian elok lah makan pagi, daripada tahan makan pagi kemudian tghari atau malam tu melantak banyak sangat.
Berbalik kepada nasi berlauk, komposisi utama dalam nasi berlauk mestilah ada nasi putih. Kemudian , ada lauk sama ada gulai ikan (biasanya pelbagai ikan boleh digunakan) ataupun gulai ayam. Memang guna istilah gulai ye, bukan Kari. Selain tu, ada sambal dan juga ulam timun.
Nak tengok macam mana rupa?
Ok tutup mata dulu.. lepas kira 1 sampai 10 baru buka ye.
Readi ?
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan buka lagi. baru kira 5 kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok , buka mata, tengok masakan Nasi Berlauk ni.
Kalau ada yang berminat nak buat tempahan ka , jangan malu jangan segan boleh hubungi mama ye. Kalau tanya saja pun ok je.
Whatsapp free je kan? Nanti jumpa lagi di siri gambar makanan kelantan yang lain ye.
Bye bye (^_^)
Oh lupa, Nombor whatsapp mama 012-9782349 ..
0 comments:
Post a Comment