Salam sayang dari Mama..
Ini hari mama nak kongsikan resepi membuat roti jala. Kenal tak roti jala?
Roti Jala dengan Kari Kambing |
Roti jala sesuai di makan untuk minum petang atau supper. Kalau memang tak ada idea, boleh la buat roti jala untuk dihidangkan kepada keluarga.
Bahan untuk adunan Roti Jala
2 cawan gandum
Secubit garam
1 sudu besar gula
1 biji telur
500 ml Santan atau susu cair (jika tiada, boleh gunakan air masak sahaja)
3 sudu besar minyak masak
Cara membuat roti jala
- Campur semua bahan - bahan di dalam mangkuk. Gaul dan kacau sehingga sebati.
- Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat sangat, adunan susah nak keluar daripada sarang roti jala. Kalau cair sangat, jadi lempeng pula. (Tips : Jika terlalu cair, boleh tambahkan gandum.)
- Panaskan kuali (seeloknya gunakan kuali leper / non - stick pan.
- Apabila kuali sudah cukup panas, mulakan operasi menjala. Senang je nak menjala ni. Goyang sarang roti jala ke seluruh kuali supaya semua bahagian sekata. (Untuk kali pertama mungkin akan dapati macam nak jadi lempeng kan? tak apa, buat lagi sampai jadi).
- Bila dah cukup masak, lipat dan gulung roti jala menggunakan sudip. Angkat ke atas pinggan.
Bahan Untuk Kari Kambing
Bahan A
3 inci halia
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar (bawang merah)
Rempah 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1/3 dimayang, baki 2/3 dikisar)
Bahan B
1 kg daging kambing (dipotong kecil + tulang)
Serbuk kari daging (1 1/2 paket kecil) - apa brand pun ok, tetapi mama suka kari Allagapa's.
3 sudu besar kerisik
Santan
Gula melaka , garam, asam keping
Cara Memasak Kari Kambing Mama
- Ambil 1/3 bahan A dimayang halus.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bahan A yang dimayang dan rempah 3 serangkai sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tunggu sehingga naik minyak.
- Masukkan daging bersama dengan baki bahan A yang dikisar.
- Masukkan garam secukup rasa (agak-agak je), 1/2 karet gula melaka ("nissey" mama panggil kok kelate) dan 2 keping asam keping dan serbuk perasa.
- Tambahkan 1 gelas air ke dalam periuk. (kalau dah separuh empuk, tambahkan santan dan kerisik). Kalau rasa masih belum empuk, tambah lagi sedikit air.
- Biarkan kari mendidih dan empuk sepenuhnya.
- Siap untuk dihidang bersama roti jala.
Jemput makan semua |
0 comments:
Post a Comment