Resepi Kuih Bekang
3 cawan santan
2 cawan gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan air pandan (4 helai daun pandan dan 1 cawan air diblend dan tapis)
2 biji telur
1 sudu esen pandan
3 titik pewarna hijau
Bijan (cukup utk ttp permukaan kuah dlm loyang)
Cara-Caranya
Satukan semua bahan-bahan di atas (kecuali bijan) dan pukul dengan wisk.
Apabila dah sebati tu, tuangkan di dalam loyang.
Taburkan bijan di atas permukaan adunan tadi.
Panaskan oven sehingga 250 darjah selsius.
Kemudian bakar adunan selama 40 minit.
Cek dulu adunan dah keras atau belum, gunakan garpu untuk tengok isinya melekat ke tidak.
Bila dah siap, boleh keluarkan, dan potong untuk dihidangkan.
Simple je resepi ni.
0 comments:
Post a Comment