Pancake sedap dimakan bersama madu dan mentega |
Salam semua kawan-kawan.
Hari ini kita belajar resepi Pancake.. Senang je buat pancake ni. Ini bahan-bahannya.
Bahan-bahan
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
secubit garam
1 cawan air
1 sudu minyak masak
tepung jangan terlalu cair
1 sudu kecil vanilla (nak bagi wangi)
Cara Memasak
1. Satukan kesemua bahan di atas. Masukkan dalam bekas yang sesuai. Dan pastikan adunan tu nanti tidaklah terlalu cair ye. Agak-agak dia likat juga. Kacau bahan tu sampai sebati.
2. Seterusnya barulah panaskan non-stick pan. Tak perlu taruk minyak pun, sebab dalam adunan dah dimasukkan minyak masak.
3. Tuangkan adunan mengikut kesesuaian pan tu. Agak-agak satu pan tu untuk seorang makan lah ye.
Balikkan juga untuk bagi kedua-dua bahagian tu masak sebati.
4. Dah siap, angkat. Hidangkan dengan madu dan juga mentega. (Ikut kesesuaian lah ye). Kalau nak makan dengan sambal bilis pun boleh..
Taraaa... Inilah hasilnya
Ni pancake yang dah siap. |
Langkah ke 5, buka mulut dan makan lah ye . Hehe .. Makan pun mau ajar ka.
Jumpa lagi nanti resepi-resepi yang dibuat dari Dapur Mama Iman.
0 comments:
Post a Comment