Kek Marble bertopping Koko |
Ini resepi untuk khas yang baru nak belajar buat kek, kena belajar buat kek yang basic dulu. Iaitu kek marble. Kek yang tak ada taruk icing atau apa-apa pewarna dan aksesori tambahan pada kek. Haa,
Dah sedia dengan kertas dan pen? Mama nak mula dah kelas memasak ni.
Bahan - bahan yang diperlukan :
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalette
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu teh vanilla
- 2 cawan tepung kek/gandum
- 1 sudu teh baking powder (klu guna gandum letak 2 sudu teh baking powder)
Cara - caranya adalah :
Mula-mula, pukul telur dengan gula kastor sampai kembang. (warna jadi putih kekuningan yang gebu)
Seterusnya, masukkan ovallete.
Diikuti dengan minyak masak sedikit demi sedikit.
Kemudian, masukkan perasa vanilla. Baru wangi kan?
Ambil tepung dan baking powder , masukkan sedikit demi sedikit. (Kalau rajin, ayak tepung dan baking terlebih dahulu. Tapi kalau malas, skip je)
Pukul adunan ini sampai sebati dan gebu. Nak tengok macam mana gebu? Tengok gambar ni.

Adunan yang sudah sebati selepas dipukul bertubi-tubi. |
Satu bahagian yang plain mama dah asingkan. Ini bahagian yang diwarnakan dengan serbuk koko. |
Mama taruk serbuk koko 2 sudu besar untuk bagi rasa koko. Kalau nak buat kek pelangi, ambil adunan tadi, bahagikan kepada beberapa bahagian, kemudian warnakan ikut kesukaan.
Lepas dah masukkan warna, kita masukkan lah dalam loyang. Mama buat dua bentuk, satu dalam loyang dan selebihnya buat dalam cup. Nampak kan mama ada dua warna tu, coklat dan warna putih asli.
Eh, apa pula tu? Ini memang saja mama taruk milo coco cruch dan serbuk coklat. Sebagai hiasan dan penarik nak bagi Iman ni makan. Kalau tak buat pun tak apa. Kalau nak letak honey star pon boleh.
Seterusnya proses membakar di dalam Oven. Pastikan suhu 170 darjah Celcius. Bakar selama 35 minit.
Cucuk lidi pada bahagian kek tu, kalau tak melekat tu, maknanya dah masak . Kalau ada sisa yang melekat tu, kena bakar sikit lagi.
Ok, selepas siap, inilah hasilnya kek marble mama yang dihias dengan coco milo crunch dan cip coklat.
Ok, kalau ada resepi lain nak share, kongsikan link kat komen tu ye. Nanti mama nak jalan-jalan ke sana.
Jumpa lagi.. Kalau nak share, tekan butang share kat bawah tu je :)
Tengok ni, ada dua kaler, coklat dan plain. |
Sekarang dah siap hias, ready untuk dibakar |
Seterusnya proses membakar di dalam Oven. Pastikan suhu 170 darjah Celcius. Bakar selama 35 minit.
Pastikan kek dibakar pada suhu 170 darjah Celcius tau. |
Psst.. Nak bisik sikit. Jangan lupa tau panaskan oven tu terlebih dahulu selama 10 - 15 minit. Sebab bila dah masuk adunan tu, suhu tu memang dah kena tip top. Kalau tak, akan menyebabkan kek jadi bantat.Kalau baru first time bakar kek, tips nak tahu kek tu dah cukup masak dengan menggunakan lidi.
Cucuk lidi pada bahagian kek tu, kalau tak melekat tu, maknanya dah masak . Kalau ada sisa yang melekat tu, kena bakar sikit lagi.
Kek Marble Gebu dalam Cup |
Ok, selepas siap, inilah hasilnya kek marble mama yang dihias dengan coco milo crunch dan cip coklat.
Ni kek dalam loyang. Nampak isi yang dah betul-betul masak dan sangat gebu. |
Jumpa lagi.. Kalau nak share, tekan butang share kat bawah tu je :)
0 comments:
Post a Comment