Resepi Aiskrim Coklat Yang Mudah


Selamat bercuti semua. Maklumlah, masa tulis ni tengah cuti Tahun Baru Cina.. Ramai yang balik kampung tu kan.

Tapi mama buat eksperimen pulak. Buat aiskrim yang dalam bekas selalu jenama Walls dan King buat tu.

Godek-godek di google lepas tu terus buat.

Inilah hasil eksperimen pertama Aiskrim.

Bahan-bahan

1 tin susu sejat
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar ovelet

Untuk Perasa Coklat

1 sudu besar Pewarna koko
1 sudu besar perasa coklat
Biskut oreo yang dah dihancurkan (tumbuk pakai lesung je kasar-kasar)
Cip coklat yang macam beras tu

Cara Membuatnya 

Mula-mula, mama masukkan susu sejat, susu pekat dan esen vanilla dalam bekas. Bahan ni kita kacau menggunakan mixer sampai dia kembang 1 kali ganda. Lebih kurang 10 minit juga lah nak bagi dia kembang tu.

Bila dah kembang tu, masukkan ovelet. Ada resepi masukkan ovelet siap-siap kan. Tapi kita tahu fungsi evelet ni nak bagi bahan-bahan menjadi kental dengan cepat. Kalau masukkan awal-awal, kita tak sempat nak menggebukan adunan tadi.

Seterusnya barulah masukkan pewarna coklat dan perasa coklat. Teruskan adunan sehingga dia naik menjadi 2 kali ganda daripada isipadu asal tu. Agak-agak dalam 10 minit lagi lah lepas dia dah kembang sekali tadi.


Bila dah cukup kembang tu, matikan mixer. Kemudian masukkan biskut oreo hancur tu. Kacau guna sudu je. kita tak guna mixer sebab tak nak hancurkan rasa biskut dalam tu. Biar bila makan rasa lah ada biskut oreo tu kan.

Ok, bila dah sebati, barulah masukkan ke dalam acuan. Tengok mama pun ambil bekas aiskrim yang beli kat kedai juga. Ngam-ngam lah lebih kurang 1 liter kan. Taburkan cip coklat tu untuk bagi ekstra hiasan. Kalau tak nak pun tak apa. (Gambar pertama tu, adunan aiskrim yang dah readi nak masuk dalam peti lah tu)

Kemudian barulah masukkan dalam peti sejuk selama 10 - 12 jam. Ikut kepada peti lah kan. Kalau dah otai sangat peti tu, ambil masa lama sikit. Kalau ikut pengalaman, lepas 4 jam pun dia dah keras hampir 80 % keras.

Kat bawah ni gambar selepas 4 jam disejukkan. Kalau nampak betul-betul, bahagian dalam dah keras, bahagian atas tu nampak macam cair lagi kan. Shining-shining adunan lagi.



Akhir sekali, bawa keluar aiskrim tadi, dan apa lagi, kita makan lah anak beranak hehe.
Ini lah hasil selepas 12 jam dibekukan.
Dah makan banyak juga la walaupun tak sempat keras lagi.
Anak mama memang peminat aiskrim kan. Asyik minta je.

Gambar close up sikit.

Tekstur nya sebiji macam aiskrim yang kita selalu beli kan


Yang best nya, bila dah cuba buat resepi pertama ni, mula lah ada strategi nak buat perasa lain pulak. Tak susah pun buat aiskrim ni rupanya.

Cubalah. nanti komen-komen kat bawah kalau dah cuba ye.




Share on Google Plus

About Unknown

Dapur Mama Iman menerima tempahan untuk creampuff, masakan kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk. Resepi yang dihasilkan original daripada tukang masak Kelantan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment