Resepi Kerang Masak Sos Tiram (ala Seafood Kat Pantai Tu)

Cakk!! Lama mama tak tulis resepi baru kan. Maklumlah sibuk sikit dengan kerja rutin harian di pejabat tu.

Sapa peminat Seafood ? Suka Kerang yang besar - besar tu? Dan tak ada alergik ? (Hehe, kalau ada alergik, mama tak nak tanggung kalau korang cuba juga makan resepi ni)

Kali ni mama nak kongsikan resepi Kerang Masak Sos Tiram. Tapi tak jumpa la kerang besar tu, yang kerang biasa kat pasar pun boleh juga.

Jom cekidaut...



Bahan - Bahan (A)


3 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap pekat
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Bahan - bahan (B)


3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan - Bahan tak ada kumpulan 

2 batang serai
1 kg kerang

Cara nak masak , mama tulis ikut turutan lah ni, Tak payah nombor - nombor lah kan, Ikut perenggan je.


Memula, bahan-bahan (B) dikisar sampai lumat. Bahan B tau, bawang dan halia tu. 

Dah siap blender, tumiskan bahan (B) yang dah dikisar tu dengan serai. Tumis kasi bau dia naik umm ummm rasa dah tak sabar nak makan tu .

Seterusnya , masukkan Bahan (A) selepas tumisan tu dah garing dan sesedap bau. 

Dah masuk bahan (A) tu, apa lagi, bahan utama kerang kena lah masukkan. Tapi pastikan lah kerang tu dah dicuci bersih, dah selawat kan dulu. Baru berkat masakan kita.

Kacau hingga rata sebati dan tutup kan kuali tu dalam 10 minit.

Macam mana nak tau dah masak ke tak? tengok kerang tu je. Kalau dah terbuka tu, maknanya dah masak lah tu. kalau tak, tutup lagi kuali tu dan tunggu lagi dalam 5 minit.

Ok, siap. sapa yang nak tengok hasilnya? Tadaaaa.. meh mama belanja gambar nya.

kerang masak sos tiram
Gambar kurang cantik sebab kurang terang sebab pencahayaan.

Share on Google Plus

About Unknown

Dapur Mama Iman menerima tempahan untuk creampuff, masakan kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk. Resepi yang dihasilkan original daripada tukang masak Kelantan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments: