Operasi X Movie Trailer, Filem Terbaik 2018 Terbitan Dream Picture Production

Dengar kata ada movie best dekat wayang pada 1 November 2018 ni? Operasi X Movie, filem terbaru 2018, dah tengok trailer movie ni? Tengok trailer sahaja pun dah rasa berdegup jantung ni, apatah lagi bila layan full movie ni nanti.

Tak sangka terjumpa Trailer Operasi X The Movie ini di Youtube dan dengar tajuknya, terdetik hati untuk saya tengok Trailer yang ditayangkan di situ. Awal-awal trailer bermula, hati saya dah berbunga-bunga, mana tidaknya..Rupa-rupanya si hero hensem Aaron Aziz adalah watak utama filem terbaik 2018 ini.

Operasi X The Movie ini adalah filem terbaik 2018 yang merupakan terbitan Dream Picture Production, arahan dari Sandosh Kesavan dan kerjasama dengan Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas, Norhanisham Muhammad dan lain-lain lagi.

Saya pasti ramai antara anda yang tertanya-tanya apakah jalan cerita filem ini? Adakah movie ini menarik dan perlu ditonton di pawagam? Jom kita mulakan dengan sinopsis ringkas movie ini.  Sebelum tu, anda wajib tonton trailer ini terlebih dahulu.



Pelakon Atau Bintang Filem Operasi X The Movie



Gandingan pelakon-pelakon hebat dan berpengalaman seperti Dato Awie, Dato Aaron Aziz, Dato Yusuf Haslam, Hairul Azreen,Nasir Bilal Khan, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar,  Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima, Zaidi Omar dan ramai lagi pasti menjadikan movie ini lebih digemari dan diminati ramai.  Pelakon otai-otai dengan watak menarik mereka membuatkan ramai netizen tak sabar-sabar nak tonton movie ni pada 1 November 2018. Almaklumlah, berjuta-juta peminat Awie dan Aaron Aziz dalam Malaysia ni!


Sinopsis Atau Jalan Cerita Operasi X The Movie



Kisah cerita Operasi X The Movie ini bermula apabila seorang anggota polis iaitu ASP Redzuan menyembunyikan identiti beliau dan tinggal di sebuah pulau kerana ingin memutuskan hubungan komunikasi daripada dunia siasatan jenayah setelah beliau menyaksikan kematian rakan baiknya yang dibunuh oleh pihak polis sendiri.

Namun, ASP Redzuan telah dijejaki oleh SPD Anwar dan Dato Mokhtar dari Bukit Aman untuk menumpaskan sindiket penyeludupan yang diketuai oleh geng Belut. Pelbagai kisah suka duka melibatkan rakan-rakan, cinta, keluarga dan seluruh masyarakat dipamerkan dalam movie Operasi X ini.
Anda wajib tonton bagaimana ASP Redzuan dan kumpulannya menumpaskan geng-geng penjenayah dengan bantuan Polis Diraja Malaysia.


Kenapa Anda Wajib Tonton Operasi X The Movie?


Berdasarkan Video trailer Operasi X The Movie yang ditayangkan, nampak gayanya anda memang wajib tonton filem Operasi X The Movie ini!




Aksi yang dipaparkan oleh pelakon-pelakon serta jalan cerita Operasi X The Movie amat hebat dan luar biasa. Teringin tau nak tengok Dato Awie berlakon watak macam tu. Dah macam RijiniKhan saya tengok!





Operasi X The Movie yang merupakan filem terbaik 2018 ini adalah filem aksi umum yang sesuai untuk seluruh masyarakat dan keluarga. Sudah pasti anda boleh menonton bersama anak-anak, isteri dan ibu bapa. Tiada aksi yang tidak boleh ditonton sepanjang movie ini.  Well u know what i mean! Movie ini sangat mesra penonton dan berkonsep ‘sihat’ gitu! Ia adalah movie yang penuh dengan aksi tetapi bukanlah kategori movie aksi. Movie macam inilah yang patut anda tonton bersama keluarga tanpa was-was dan ragu-ragu.


Untuk pengetahuan anda, filem ini dihasilkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sepanjang penggambaran dan boleh anda lihat di Trailer, tempat-tempat menarik di Pulau Pinang menjadi lokasi penggambaran utama untuk scene-scene terbaik berkaitan penjenayah dan operasi X dibongkarkan.

Hebatnya, teringin nak tengok aksi-aksi di Bukit Bendera, Port Feri Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Kan best kalau dapat masuk sekali dalam shooting tu kan? Hihi.


Jom Tengok Wayang Operasi X Movie 1 November 2018




Tak sabar dah ni nak tengok wayang Operasi X The Movie pada 1 November 2018 ni.  Kalau boleh nak ajak semua kawan-kawan join sekaki. Sekali sekala, haruslah nak support movie tempatan, siapa kata movie tempatan tak best? Tengok trailer pun dah rasa macam-macam, nak tahu macam mana aksi lawan-lawan, nak tengok gelagat pelakon otai-otai ni dan mesti korang pun ternanti-nanti nak tengok keseluruhan movie ini dihasilkan, betul tak?

Jom ke pawagam pada 1 November 2018 ni.
Share on Google Plus

About Unknown

Dapur Mama Iman menerima tempahan untuk creampuff, masakan kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk. Resepi yang dihasilkan original daripada tukang masak Kelantan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment