Resepi Kerabu Perut Versi Mama Iman


Salam sayang semua sahabat mama.

Hari ni mama nak kongsi resepi Kerabu Perut. Ada yang tak suka makan perut, tapi ada yang betul-betul menggilai kerabu perut ni kan.

Ini khas untuk yang suka sangat makan kerabu perut tu. Boleh cuba resepi mama ni ye.

Bahan-bahan

300 gram perut lembu
2 sudu kerisik
1/2 cawan santan pekat
Taugeh (anggaran satu / dua genggam) 
Daun ketumbar / kalau tak ada , guna daun sup pun boleh
1 biji bawang besar (mayang nipis-nipis ye)
1/2 sudu lemon (ambil jus sahaja)
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 keping asam keping
Garam - bahan ini boleh menghasilkan rasa masin

Cara-caranya


1. Cuci perut sehingga bersih. Potong nipis-nipis. Kemudian rebus sehingga empuk . Tambah asam keping untuk hilangkan baunya)

2. Rendam taugeh dalam air panas selama 3 minit, kemudian angkat dan toskan.

3. Kemudian ambil mangkuk, gaulkan kesemua bahan-bahan tadi. Kacau sehingga sebati ye

4. Rasa lah juga tawar ke atau terlebih manis, balancekan rasa masin dan manis tadi tu. Dah siap untuk dihidangkan.

**Nota tambahan : Kalau nak tambah kacang panjang pun boleh. Mama tak taruk pun, gunakan apa yang ada kat dapur je .

Nah, semua rasa sikit sorang (sambil bayangkan rasa kerabu perut ni makan dengan nasi dan berulam budu ye)

Menu makan Kerabu Perut dan Kari Sotong.. Eh, lupa taruk budu plak.

Share on Google Plus

About Unknown

Dapur Mama Iman menerima tempahan untuk creampuff, masakan kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk. Resepi yang dihasilkan original daripada tukang masak Kelantan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment