Pergh Sedapnya Nasi Dagang Ni..

Dah baca tajuk ?

Alhamdulillah, semalam siapkan tempahan nasi dagang. Antara maklum balas daripada tukang makan :

"Sedapnya Nasi dagang ni, tak leh nok royat (tak boleh nak cakap sedapnya). Rugi tak order lebih untuk bungkus. " - Qira, staff CIMB

Ada lagi beberapa komen ikhlas daripada penggemar nasi dagang Dapur Mama Iman ni.

Jiran dekat rumah pun ada cakap "Tak pernah la saya makan nasi dagang habis. Sebelum ni beli dekat kedai tu tak sedaplah. Tapi yang ni memang betul-betul sedap. Habis saya seorang makan."

Mama bagi jiran tu rasa je nasi dagang , satu bekas. Tak sangka, orang yang tak suka nasi dagang tiba-tiba jadi SANGAT suka..

Alhamdulillah, kalau orang suka, mama lagi suka.

Ni coret - coret gambar cuci mata order nasi dagang semalam tu.

Nasi Dagang + Acar Mentah + Gulai Ikan Tongkol

Dekat 30 bungkus order semalam, Alhamdulillah.

Sesi menjamu mata gulai ikan tongkol (ikan aya)

Proses mengisi nasi dagang dalam polistrerin

Begitulah cerita Nasi Dagang. Buat masa ni, Mama ambil tempahan untuk hari sabtu, ahad dan isnin sahaja. Maklumlah, Mama bekerja lagi. Kalau hari biasa memang tak sempat nak buat. Maaf ye.

Niat mama nak bagi kawan-kawan dapat rasa Nasi Dagang Original rasa Terengganu. Yang sedap mestilah eksklusif sikit, payah nak dapat kan?

Kalau ada kawan - kawan berminat nak buat tempahan seperti di atas, boleh roger / whatsapp mama di 012-9782349.

Ok, jumpa lagi.


Share on Google Plus

About Unknown

Dapur Mama Iman menerima tempahan untuk creampuff, masakan kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk. Resepi yang dihasilkan original daripada tukang masak Kelantan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment